Selasa, 12 April 2016

APAKAH ITU HOMEOPATHY???

Homeopathy adalah proses di mana sesuatu yang boleh menyebabkan penyakit, mendatangkan apa jua masalah dan menyebabkan symptom sesuatu penyakit, penyebab dan bahan tersebut boleh diproses dan dijadikan penawar atau remedi bagi mengubati penyakit yang timbul akibat reaksi bahan racun tersebut.

Sebagai contoh, kesan menghidu atau memakan bawang merah boleh menyebabkan kita mendapat simpton bersin, mata dan hidung berair. Oleh itu, bawang merah ini jika diproses dan di ambil tenaganya akan menjadi penawar atau remedi yang mujarab bagi masalah selesema, mata dan hidung berair.

Kesimpulannya, segala bahan dan penyebab penyakit apabila tenaga bahan dan penyebab penyakit tersebut diambil, maka ia akan menjadi penawar.

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa bisa ular boleh menjadi penawar kepada orang yang terkena patuk ular.

PRINSIP HOMEOPATHY

• Semua penyakit ada ubatnya.

• Penyakit yang berpunca daripada keracunan, penyelesaiannya ialah berubat dengan menggunakan tenaga "racun" yang serupa.

• Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun melalui proses potentisasi atau triturasi.

• Pengilangan ubat-ubat homeopathy berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah tersebut.

REMEDY HOMEOPATHY

Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit dengan simptom remedi. Remedi homeopatihy berasal daripada pelbagai punca seperti:

• ALAM TUMBUHAN - sebilangan besar remedi homeopati berasal daripada alam tumbuhan.

• ALAM HAIWAN - racun-racun haiwan. berbisa seperti ular dan serangga berbisa.

• ALAM KIMIA - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral.

Apabila remedi yang tepat berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan dengan izin Allah S.W.T..

Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit tindakbalas simptom. Tindak balas simptom ini bukanlah kesan sampingan dan hanya bersifat sementara. Malahan, ia tidak membahayakan.

Ini menunjukkan bahawa remedi yang diambil adalah bersesuaian dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan (healing crisis). Pesakit dinasihatkan supaya bersabar dan meneruskan makan ubat sehingga penyakit benar-benar sembuh.

DEFINISI VITAL FORCE (KUASA HAYAT)

Dalam keadaan sihat, vital force yang bersifat rohani menggerakkan organisma/material agar menduduki di tempat (maqam) tertinggi. Ia berfungsi mempertahankan pancaindera & aktiviti-aktiviti semua bahagian agar organisma dapat hidup dalam keadaan harmonis yang menjurus kepada ketakjuban. Lantas kuasa rohaniah yang menduduki organisma tersebut boleh dengan bebas menggunakan jasad yang sihat untuk mencapai matlamat unggul kewujudan manusia.

PERKEMBANGAN HOMEOPATHY

Oleh kerana kemujaraban dan keberkesanan dan selamatnya sistem ini, Homeopathy berkembang maju ke seluruh dunia. Semakin ramai mula berjinak-jinak dengan perubatan homeopathy dan memilih perubatan ini sebagai perubatan alternaltif kepada sistem perubatan konvensional yang menggunakan dadah dan streoid. Semakin ramai juga doktor-doktor konvensional mempelajari dan mengamalkan perubatan Homeopathy. Perubatan Homeopathy juga sudah diiktiraf oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO).