Ahad, 30 Oktober 2016

Kelebihan Rawatan Kaedah Homeopathy


* Homeopathy Berasaskan Kesembuhan Secara Natural

* Tiada Kesan Sampingan

* Tiada Dadah Dan Overdose

* Tiada Steroid

* Tiada Bahan Kimia

* Sangat Berkesan Dan Selamat Digunakan

* Penjimatan Dan Mudah Digunakan

* Mesra Alam

Rabu, 26 Oktober 2016

Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?

Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?
Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya, tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan Homeopathy, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis.Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara hisap, kemam, kunyah atau digigit.
Tentang penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir….” (an-Nahl, 69)
Setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.
Setiap ubat Homeopathy, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa (allopathy) yang menyatakan bahawa ukuran ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.

Isnin, 24 Oktober 2016

Keistimewaan Ubat Homeopathy


§ Ubat Homeopathy lembut dan mesra alam, ia tidak mempunyai sebarang unsur racun kerana sudah dibuang melalui satu proses yang dinamakan ‘potentisation’.
§ Tablet yang digunakan diperbuat daripada susu kambing dan glukosa. Jadi, ia manis dan boleh dimakan begitu sahaja seperti gula-gula. Ia tidak pahit seperti ubat biasa yang mengandungi kandungan dadah yang tinggi.

Rabu, 19 Oktober 2016

Peranan homeopathy dalam penjagaan kesihatan



– Penyakit kronik – Homeopathy merupakan salah satu sistem rawatan terbaik yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik yang berpunca samada daripada keturunan ataupun yang dihidapi berikutan kemerosotan kuasa dalaman yang disebabkan oleh jangkitan berunsur dinamik yang di panggil ‘miasm’. Kebanyakan penyakit kronik utama yang dihidapi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit auto-immune, penyakit neoplasia, penyakit kulit dll. adalah kesan evolusi miasm kronik yang telah bertapak lama di dalam sistem badan individu tersebut dan mengakibatkan kemerosotan ‘kuasa hayat’ sehingga tidak mampu lagi berfungsi secara sendiri untuk mengembalikan kesihatan seperti asalnya.

– Penyakit akiut – Dalam kes serangan akiut homeopathy bertujuan membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan kesembuhan, juga melegakan dan memendekkan tempoh penderitaan ketika berlakunya serangan wabak seperti cholera and denggi, atau penyakit berjangkit seperti chicken pox, demam campak dan sebagainya.


– Pencegahan penyakit – Homeopathy telah dibuktikan dapat memberi impak positif dalam usaha mencegah dan merawat sesetengah penyakit seperti Leptospirosis (Cuba, 2007), demam wabak (India, 2007) dan sebagainya.


– Kecederaan, kemalangan, rawatan sebelum dan selepas pembedahan – Homeopathy mempunyai kumpulan ubat yang pelbagai bagi rawatan kecederaan mengikut kategori berbeza iaitu kecederaan otot, tendon, sendi, rawan, tulang, saraf, dan sebagainya. Antara ubat yang biasa digunakan adalah seperti Arnica, Calendula, Echinacea, Hypericum, dan lain-lain. Ubat-ubat ini sememangnya dikenali berkesan sebagai antiseptic yang sangat baik untuk rawatan luka, mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat kecederaan, juga dalam rawatan mengatasi tekanan selepas pembedahan (PTSD).


– Rawatan ketika mengandung – Ubat homeopathy yang diberikan kepada wanita mengandung adalah dalam dos yang minimum yang bertindak secara lembut dan selamat. Ramai pesakit yang menggunakan rawatan homeopathy di sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin dan dalam tempoh berpantang.


– Kesihatan kanak-kanak – Kanak-kanak selalunya memberi respon yang baik kepada rawatan homeopathy kerana penyakit mereka adalah kurang kompleks berbanding dengan orang dewasa. Kanak-kanak biasanya mempamerkan simptom yang lebih jelas sekaligus memudahkan proses pemilihan ubat yang tepat.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Orang-orang terkenal yang menggunakan homeopathy

Ratu Elizabeth II, United Kingdom
– “Terdapat 60 botol ubat homeopathy di dalam beg Ratu Elizabeth, disimpan secara rapi di dalam sebuah beg kulit yang akan dibawa kemana-mana sahaja Ratu Elizabeth pergi”. – Daily Mail, 25 Mei 2012.

Annabel Croft (bekas pemain tenis wanita no.1 British dan kini merupakan penyampai radio dan pengacara TV).
– “Annabel akan mengambil ubat homeopathy sebelum setiap perlawanan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan”. – The Telegraph, 22 Jun 2009.

Jean-Marcel Ferret (doktor bagi pasukan bola sepak kebangsaan Perancis 1993-2004)
– “Kami berpendapat bahawa ia sesuatu yang berfaedah untuk memberikan suatu nafas baru dalam arena perubatan sukan, homeopathy adalah satu jalan penyelesaian yang memberi kesan cepat dan efektif sama seperti yang diberikan oleh rawatan konvensional, ia juga mempunyai kelebihan lain iaitu bebas daripada kesan toksik ubat-ubatan.” – “Homoeopathy in Sports Medicine” 2nd Ed. (1998) by Jean-Marcel Ferret and Henri Koleckar

Mahatma Gandhi (Ketua gerakan kemerdekaan India)
– “Homeopathy mencatatkan peratusan kes kesembuhan yang lebih tinggi berbanding sistem rawatan yang lain. Homeopathy adalah sistem rawatan mutakhir yang merawat pesakit menggunakan kaedah yang halus, murah dan tidak menyakitkan.” – World Homoeopathic Directory 1982, New Delhi: World Homoeopathic Links, p32 petikan daripada ucapan pada 30 Ogos 1936

Paul McCartney (ahli muzik, penyanyi, penggubah lagu, ahli kumpulan The Beatles)
– “Saya sentiasa perlukan homeopathy. Saya akan membawa ubat homeopathy ke mana sahaja saya pergi. Saya memang selalu menggunakannya,” – Daily Telegraph, 12 Ogos 1989

Kenapakah Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?

Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.



Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiri ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.

Selasa, 11 Oktober 2016

Info penyakit "SLIPPED DISC "



Ubatan homeopati perlu ambil sehingga 3 bulan untuk KESEMBUHAN SEBENAR masalah SLIPPED DISC.

Pengambilan ubatan HOMEOPATI adalah lebih selamat.