Kelebihan Homeopathy (Homeopati)
Dapat membantu merawat kes-kes kronik, seperti
1. Migrain,
2.sakit pinggang
3.cancer
4.Fibroid
5.Haid tak teratur
6.kemandulan
7.gastric
8.sakit urat saraf
9.kencing manis
10.darah tinggi
11.batuk kronik
12.asma dikalangan kanak-kanak
13.kurang selera makan
14.untuk merawat cergas minda
15.stroke
16.resdung
17.Rawatan homeopathy (Homeopati) bagus juga untuk kanak-kanak dan wanita serta sakit org-org tua.
Isnin, 19 Disember 2016
Rabu, 2 November 2016
Homopati
Arah penyembuhan Penyakit / Direction Of Cure
Dalam Homeopathy, setiap doktor harus memahami bagaimana ubat bertindak dan
bagaimana penyakit keluar dari badan. Asas teori penyembuhan dalam Homeopathy ialah:
Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting,
Dari Kanan Ke Kiri. Sebarang ubat-ubat sapu tidak boleh digunakan dalam Homeopathy
kerana ia boleh memendapkan penyakit kedalam.
Rawatan Homeopathy Dan Tenaga Hayat/Vital Force
Dalam pengajian Homeopathy, kita menekankan penyembuhan kepada akar umbi penyakit.
yang sakit itu manusia, maka Homeopathy harus mencari punca penyakit dan cuba sedaya
upaya membetulkan keganjilan perimbangan pada tubuh badan manusia yang ditunjukkan
melalui tanda-tanda kesakitan. Jika punya penyakit sudah dijumpai, ubat Homeopathy yang
serasi harus diberikan sepada pesakit tersebut agar ianya mengembalikan tenaga hayat
yang terhakis dalam badan yang dikenali sebagai penyakit.
Dalam Homeopathy penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga
hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi
penyakit.
Ubat-ubat Homeopathy yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia
yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.
Selasa, 1 November 2016
Perkembangan Rawatan Homeopathy Terkini
Perkembangan Rawatan Homeopathy Terkini
Kesedaran dan minat dunia untuk kembali ke pangkuan Homeopathy merupakan fenomenon terbaru dan bermula hanya di tahun-tahun 1970an. Antara faktor-faktor yang membawa kepada perubahan ini ialah:
1. Kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat terhadap keupayaan ubat-ubat alopati, ketagihan dan kesan sampingannya.
2. Kemunculan penyakit-penyakit baru yang menambah jumlah penyakit yang tidak dapat ditangani.
3. Kos ubat-ubatan dan rawatan konvensional yang semakin meningkat.
4. Keprihatinan masyarakat terhadap pemakanan, latihan jasmani dan pencegahan.
5. Penggunaan binatang dalam kajian dan penyelidikan perubatan moden.
6. kecenderungan masyarakat kembali kepada kesihatan tabii.
7. Keinginan individu kepada perhatian dan mendapat rawatan secara holistik.
Ahad, 30 Oktober 2016
Kelebihan Rawatan Kaedah Homeopathy
* Homeopathy Berasaskan Kesembuhan Secara Natural
* Tiada Kesan Sampingan
* Tiada Dadah Dan Overdose
* Tiada Steroid
* Tiada Bahan Kimia
* Sangat Berkesan Dan Selamat Digunakan
* Penjimatan Dan Mudah Digunakan
* Mesra Alam
Rabu, 26 Oktober 2016
Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?
Bagaimana Ubat Homeopathy Bertindak?
Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya, tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan Homeopathy, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis.Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara hisap, kemam, kunyah atau digigit.
Tentang penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir….” (an-Nahl, 69)
Setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.
Setiap ubat Homeopathy, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa (allopathy) yang menyatakan bahawa ukuran ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.
Isnin, 24 Oktober 2016
Keistimewaan Ubat Homeopathy
§ Ubat Homeopathy lembut dan mesra alam, ia tidak mempunyai sebarang unsur racun kerana sudah dibuang melalui satu proses yang dinamakan ‘potentisation’.
§ Tablet yang digunakan diperbuat daripada susu kambing dan glukosa. Jadi, ia manis dan boleh dimakan begitu sahaja seperti gula-gula. Ia tidak pahit seperti ubat biasa yang mengandungi kandungan dadah yang tinggi.
Rabu, 19 Oktober 2016
Peranan homeopathy dalam penjagaan kesihatan
– Penyakit kronik – Homeopathy merupakan salah satu sistem rawatan terbaik yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kronik yang berpunca samada daripada keturunan ataupun yang dihidapi berikutan kemerosotan kuasa dalaman yang disebabkan oleh jangkitan berunsur dinamik yang di panggil ‘miasm’. Kebanyakan penyakit kronik utama yang dihidapi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit auto-immune, penyakit neoplasia, penyakit kulit dll. adalah kesan evolusi miasm kronik yang telah bertapak lama di dalam sistem badan individu tersebut dan mengakibatkan kemerosotan ‘kuasa hayat’ sehingga tidak mampu lagi berfungsi secara sendiri untuk mengembalikan kesihatan seperti asalnya.
– Penyakit akiut – Dalam kes serangan akiut homeopathy bertujuan membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan kesembuhan, juga melegakan dan memendekkan tempoh penderitaan ketika berlakunya serangan wabak seperti cholera and denggi, atau penyakit berjangkit seperti chicken pox, demam campak dan sebagainya.
– Pencegahan penyakit – Homeopathy telah dibuktikan dapat memberi impak positif dalam usaha mencegah dan merawat sesetengah penyakit seperti Leptospirosis (Cuba, 2007), demam wabak (India, 2007) dan sebagainya.
– Kecederaan, kemalangan, rawatan sebelum dan selepas pembedahan – Homeopathy mempunyai kumpulan ubat yang pelbagai bagi rawatan kecederaan mengikut kategori berbeza iaitu kecederaan otot, tendon, sendi, rawan, tulang, saraf, dan sebagainya. Antara ubat yang biasa digunakan adalah seperti Arnica, Calendula, Echinacea, Hypericum, dan lain-lain. Ubat-ubat ini sememangnya dikenali berkesan sebagai antiseptic yang sangat baik untuk rawatan luka, mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat kecederaan, juga dalam rawatan mengatasi tekanan selepas pembedahan (PTSD).
– Rawatan ketika mengandung – Ubat homeopathy yang diberikan kepada wanita mengandung adalah dalam dos yang minimum yang bertindak secara lembut dan selamat. Ramai pesakit yang menggunakan rawatan homeopathy di sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin dan dalam tempoh berpantang.
– Kesihatan kanak-kanak – Kanak-kanak selalunya memberi respon yang baik kepada rawatan homeopathy kerana penyakit mereka adalah kurang kompleks berbanding dengan orang dewasa. Kanak-kanak biasanya mempamerkan simptom yang lebih jelas sekaligus memudahkan proses pemilihan ubat yang tepat.
Sabtu, 15 Oktober 2016
Orang-orang terkenal yang menggunakan homeopathy
Ratu Elizabeth II, United Kingdom
– “Terdapat 60 botol ubat homeopathy di dalam beg Ratu Elizabeth, disimpan secara rapi di dalam sebuah beg kulit yang akan dibawa kemana-mana sahaja Ratu Elizabeth pergi”. – Daily Mail, 25 Mei 2012.
Annabel Croft (bekas pemain tenis wanita no.1 British dan kini merupakan penyampai radio dan pengacara TV).
– “Annabel akan mengambil ubat homeopathy sebelum setiap perlawanan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan”. – The Telegraph, 22 Jun 2009.
Jean-Marcel Ferret (doktor bagi pasukan bola sepak kebangsaan Perancis 1993-2004)
– “Kami berpendapat bahawa ia sesuatu yang berfaedah untuk memberikan suatu nafas baru dalam arena perubatan sukan, homeopathy adalah satu jalan penyelesaian yang memberi kesan cepat dan efektif sama seperti yang diberikan oleh rawatan konvensional, ia juga mempunyai kelebihan lain iaitu bebas daripada kesan toksik ubat-ubatan.” – “Homoeopathy in Sports Medicine” 2nd Ed. (1998) by Jean-Marcel Ferret and Henri Koleckar
Mahatma Gandhi (Ketua gerakan kemerdekaan India)
– “Homeopathy mencatatkan peratusan kes kesembuhan yang lebih tinggi berbanding sistem rawatan yang lain. Homeopathy adalah sistem rawatan mutakhir yang merawat pesakit menggunakan kaedah yang halus, murah dan tidak menyakitkan.” – World Homoeopathic Directory 1982, New Delhi: World Homoeopathic Links, p32 petikan daripada ucapan pada 30 Ogos 1936
Paul McCartney (ahli muzik, penyanyi, penggubah lagu, ahli kumpulan The Beatles)
– “Saya sentiasa perlukan homeopathy. Saya akan membawa ubat homeopathy ke mana sahaja saya pergi. Saya memang selalu menggunakannya,” – Daily Telegraph, 12 Ogos 1989

Kenapakah Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?
Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.
Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.
Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.
Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiri ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.
Selasa, 11 Oktober 2016
Info penyakit "SLIPPED DISC "
Ubatan homeopati perlu ambil sehingga 3 bulan untuk KESEMBUHAN SEBENAR masalah SLIPPED DISC.
Pengambilan ubatan HOMEOPATI adalah lebih selamat.
Jumaat, 16 September 2016
MASALAH JIWA & KEROHANIAN YANG DAPAT DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY
- Imiginasi luarbiasa seperti merepek, tak sedarkan diri, meracau dan imiginasikan nampak orang hitam dan hantu.
- Pesakit kelihatan takut dan tertakut-takut kepada benda-benda yang tidak kelihatan.
- Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah dan pakaian.
- Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan.
- Keresahan dan gelisah.
- Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap.
- Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua hal.
- Dukacita dan takut mati.
- Gilakan sesuatu macam nak gila dan hampir-hampir menjadi gila.
- Rasa buntu dan rasa bodoh, tidak boleh berfikir, pandangan dan pemikiran berubah menjadi berlainan semua perkara kebiasaannya.
- Khayalan (hallucinations), terpandangkan hantu, khayalan terpandang benda-benda ganjil.
- Histeria
- Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau telah hilang kepercayaan untuk hidup.
- Suka merajuk dan selalu penyedih.
- Perempuan yang selalu dukacita dan gudah gulana.
- Takut dan payah membuat keputusan.
- Takut waktu petang dan takut tinggal seorang.
- Sensitif, cepat marah dan tidak sabar.
- Suka bertengkar dan cari gaduh.
- Pendendam, ingin membunuh dan mencari salah.
- Peminum arak, kuat merokok, menagih memakan ubat dalam bentuk dadah.
- Hidup berfoya-foya.
- Tidak terkawal emosi dan perasaan marah melebihi batas.
- Marah bila ditegur atau bila disalah kesalahannya.
- Sensitif, ketua yang mudah tersinggung.
- Ahli fakir yang banyak menggunakan pemikiran yang mendalam seperti ahli penyelidik, ahli sains, pentadbir bank, juru akaun yang dibeban dengan tugas yang tak kehabisan.
- Mudah terperanjat dan mudah marah, pembenci, garang dan pembengis.
- Masaalah tidak boleh tidur.
- Selalu gemuruh (Nervous) dan wanita yang sensitive.
- Watak mudah berubah, mudah bertukar keputusan atau keputusan tidak menentu.
- Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan, berterusan, sambung menyambung dari satu kejadian, ditimpa lagi ibarat sesudah jatuh ditimpa tangga pula. Kemalangan demi kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, di imbangi pula dengan tekanan perasaan.
- Suka bersendirian dan tak mahu diganggu.
- Merajuk sebab salah diri sendiri.
- Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat salah sendiri, akibat mudah tersinggung.
- Watak yang payah di fahami, sulit di dekati.
- Watak yang begitu peramah, baik hati waktu sihat tetapi mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil.
- Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai pengajaran.Bila ditegur dia mula membuat hal, mula menunjukkan belangnya, merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
- Pasangan suami isteri menjadi SAKIT akibat penyesalan kata-kata, penyesalan suami, isteri merana, sakit.
- Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan, akibat sindiran, kekasaran anak cucu, datuk dan nenek.
- Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
- Emosi, cemburu, putus cinta, susah hati akibat putus cinta.
- Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam perniagaan. Terkejut akibat kegagalan.
- Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari satu topic ke topic yang lain. Menukar-nukar cerita. Percakapan sambung menyambung, berbelit-belit macam ular.
- Gila sembahyang, gila berdoa, berlagak warak, bertukar cara pakaian macam tokoh agama yang warak.
- Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan.
- Mimpikan ular, mimpikan dirinya mati, mimpikan dirinya mati dan dibawa dalam keranda ke kubur.
- Kepala dan pemikiran: selalunya gila seks. Ingin seks berlebihan.
- Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa hendak bunuh diri.
- Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
- Fikiran dan emosi sebab putus cinta, gagal cinta, dukacita dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
- Merasa diri berdosa.. Dosanya tak akan di ampun tuhan. Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat. Rasa rendah diri.
- Mudah rasa tak puashati. Membuat pertanyaan bertubi-tubi. Soal yang tak putus-putus tanpa menunggu jawapan.
- Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar.Memandang orang lain lebih rendah darinya.
- Ilusi penciuman, terbau-baukan benda yang tidak wujud.
- Ilusikan terasakan dirinya berdua atau ilusikan ada orang lain mengekorinya.
- Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.
- Merasakan ada benda hidup dan lembaga lain dalam diri.
- Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah dan imiginasikan ada orang duduk disebelahnya.
- Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat memusatkan fikiran.
- Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang, kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.
Rabu, 7 September 2016
Kenapa Ubat Homeopathy Di Gigit atau Kunyah
Cara makan ubat homeopati agak berlainan dengan cara makan ubat biasa ( allopati) atau makan ubat-ubat herba lain atas sebab-sebab berikut:-
1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)
2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis
3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.
4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.

Ahad, 4 September 2016
PERSOALAN UNTUK HOMEOPATI
Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak utk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.
Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak merbahaya dan tidak punyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walaubagaianapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi),pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.
Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952.
Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan nama Penawar Tunggal (single remedy)bagi Homeopati Dan hanya akan dibuat ikut tempahan atau keperluan pesakit @ Pelanggan. Sistem perubatan ini tidak gunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanya pil laktosa @ sukrosa yang menyimpan gelombang berfungsi merangsang tubuh untuk rawat diri sendiri. Penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan dibawah akta racun.

Isnin, 15 Ogos 2016
UBAT HOMEOPATI DIHASILKAN
Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral
galian, dan alam sekitar, namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil
potentisation membezakannya dari perubatan lain. Melalui teknik ini sumber alam dicairkan
sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang.
Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi
semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat
dan berkesan.Boleh diambil oleh semua golongan.
Sabtu, 6 Ogos 2016
CARA MENGEKALKAN KEBERKESANAN UBAT HOMEOPATHY
Cara Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopathy
Elakkan meminum minuman seperti kopi, teh dan nescafe. Bahan-bahan ini mengandungi caffeine dan akan mematikan kuasa penawar yang diambil.
· Sebaiknya mengelakkan memakan bahan makanan yang bercuka atau yang masam.
· Kurangkan atau elakkan daripada merokok. Kesan kandungan dalam tembakau seperti tar, nikotin akan mengganggu proses rawatan.
· Penawar dan pesakit hendaklah dijauhkan daripada semua jenis minyak angin. Jarakkan jangka masa penggunaannya dengan pengambilan penawar jika tidak dapat dielakkan.
· Pemberian penawar homoeopati bersama dengan ubat-ubatan yang mengandungi bahan dadah pada umumnya tidak digalakkan.
Saranan di atas adalah penting diikuti khasnya bagi mereka yang mengambil homeopati untuk jangka waktu yang lama. Saranan tersebut bukan sahaja baik untuk tujuan rawatan, tetapi juga untuk kepentingan kesihatan pesakit.Harap maklum.
Khamis, 4 Ogos 2016
Homeopathy
The standard dosage for acute symptom relief is 3 pellets of 30C every 4 hours until symptoms resolve. Lower potencies, such as 6X, 6C, 30X, may be given every 2 to 4 hours. If the right remedy is chosen, symptoms should improve shortly after the second dose. If there is no improvement after 3 doses, a different remedy is given. The following remedies have been shown to be effective in acute, symptomatic relief of hay fever or allergies:
- Allium cepa - Indicated for bland, non-irritating discharge from eyes; copious, watery, acrid discharge from nose; hoarseness; and feeling better in cool air and open room.
- Euphrasia - Indicated for symptoms such as copious, watery, acrid discharge from eyes; non-irritating discharge from nose; dry, hard cough; much sneezing; diarrhea; and feeling worse in open air.
- Natrum muriaticum - Indicated for watery or egg white-like discharges; cold sores; no sense of taste or smell; headaches; and feeling better outside.
- Nux vomica - Indicated for runny nose in daytime, then dry nose at night; violent sneezing; nose feels blocked but there is watery nasal discharge through one nostril; and feeling worse outside.
- Wyethia - Indicated for extreme itching in the nose and throat; throat feels swollen; back of throat is dry and burning; and sensation as if something were in nasal passages.
Isnin, 1 Ogos 2016
Ubat Homeopathy Lambat Bertindak
Benarkah Ubat Homeopathy Lambat Bertindak?
Tidak benar ! Sebenarnya ubat Homeopati cepat bertindak atas sesseorang pesakit, jika ubat yang diberikan itu sesuai dan serasi dengan pesakit.
Contohnya jika pesakit datang dengan aduan penyakit akiut seperti muntah-muntah atau cirit-birit, sakit mata, sakit perut, jika diberi ubat-ubat Homeopati yang serasi, pesakit akan merasa lega dalam tempuh beberapa minit sahaja.
Yang menjadi masalah, ialah penyakit kronik, dimana pesakit mengalami masalah penyakit yang sudah lama, sampai ada yang mengalaminya sejak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Mereka dah berubat dimerata tempat dan berjumpa dengan banyak specialist tetapi tidak juga baik. Mereka datang kepada Homeopathy dan mencuba ubat-ubat Homeopathy, tetapi bila dimakan dalam 2 hingga 3 minggu, mereka sudah menyatakan tidak ada apa-apa penyembuhan. Masa kan penyembuhan begitu pantas ? Sedang penyakit sudah dialami sejak 10 tahun.
Biasanya doktor Homeopathy hanya meminta sabar dan meneruskan makan ubat-ubatan Homeopathy selama 6 bulan atau 1 tahun, barulah ada penyembuhan. Tetapi mereka kata tempuh begitu sangat lama. Tetapi jika dibandingkan dengan penderitaan dengan penyembuhan dalam rawatan Homeopathy ternyata - rawatan Homeopathy memang cepat bertindak, nisbah masa kesakitan dan masa berubat. Ini membuktikan bahawa rawatan Homeopathy jauh lebih baik dan cepat berhasil dari rawatan lain. Kalau dipakai ratio, nisbahnya 1 : 11. Begitu juga penyakit gastrik, pepptik ulser dan sebagainya.
Khamis, 28 Julai 2016
Cara makan ubat homeopati
Cara makan ubat homeopati agak berlainan dengan cara makan ubat biasa ( allopati) atau makan ubat-ubat herba lain atas sebab-sebab berikut:-
1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)
2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis
3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.
4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.
Ahad, 17 Julai 2016
Ada 3 sebab utama untuk memilih homeopathy untuk ibu dan bayi
1) Ianya adalah selamat dan bebas kesan toksik. (non poison)
2) Penawarnya bertindak dengan merangsang tindak balas semulajadi badan untuk merawat diri sendiri
3) Kaedah homeopathy melihat pesakit secara keseluruhan dan kaedah konsultasinya menyenangkan dan seronok
Sabtu, 25 Jun 2016
Kebaikan homeopati pada bayi dan orang dewasa.
}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}
1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)
2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis
3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.
4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.
}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}
1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)
2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis
3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.
4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.
Ahad, 19 Jun 2016
Pantang Larang ?????
PANTANG LARANG DALAM RAWATAN HOMEOPATI
1. Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.
2. Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukkannya ke dalam mulut.
3. Elakkan daripada minum kopi ,teh , kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan – bahan ini ( termasuklah nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.
4. Ubat – ubat homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau – bau yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas – kemas setelah digunakan.
5. Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.
6. Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.
7. Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya , jarakkan jangka masa penggunaan dengan pengambilan ubat.
8. Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi bahan dadah dalam masa rawatan.
9. Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu ,ambillah ubat 1/2 jam sebelum makan atau minum.
10. Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.
Langgan:
Catatan (Atom)