Rabu, 2 November 2016

Homopati

Arah penyembuhan Penyakit / Direction Of Cure
Dalam Homeopathy, setiap doktor harus memahami bagaimana ubat bertindak dan 
bagaimana penyakit keluar dari badan. Asas teori penyembuhan dalam Homeopathy ialah: 
Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting,
 Dari Kanan Ke Kiri. Sebarang ubat-ubat sapu tidak boleh digunakan dalam Homeopathy 
kerana ia boleh memendapkan penyakit kedalam.

Rawatan Homeopathy Dan Tenaga Hayat/Vital Force
Dalam pengajian Homeopathy, kita menekankan penyembuhan kepada akar umbi penyakit.
 yang sakit itu manusia, maka Homeopathy harus mencari punca penyakit dan cuba sedaya 
upaya membetulkan keganjilan perimbangan pada tubuh badan manusia yang ditunjukkan
 melalui tanda-tanda kesakitan. Jika punya penyakit sudah dijumpai, ubat Homeopathy yang
 serasi harus diberikan sepada pesakit tersebut agar ianya mengembalikan tenaga hayat 
yang terhakis dalam badan yang dikenali sebagai penyakit.
Dalam Homeopathy penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga
hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi 
penyakit. 
Ubat-ubat Homeopathy yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia
 yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan