Sabtu, 25 Jun 2016

 Kebaikan homeopati pada bayi dan orang dewasa.
}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}}

1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)

2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis

3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.

4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.

Ahad, 19 Jun 2016

Pantang Larang ?????



 PANTANG LARANG DALAM RAWATAN HOMEOPATI



1.      Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.

2.      Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukkannya ke dalam mulut.

3.      Elakkan daripada minum kopi ,teh , kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan – bahan ini ( termasuklah nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.

4.      Ubat – ubat homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau – bau  yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas – kemas setelah digunakan.

5.      Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.

6.      Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.

7.      Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya , jarakkan jangka masa penggunaan dengan pengambilan ubat.

8.      Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi  bahan dadah dalam masa rawatan.

9.      Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu ,ambillah ubat 1/2 jam sebelum makan atau minum.

10. Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.

Selasa, 14 Jun 2016

Homeopathy rahsia Ahmad Awang kekal sihat di usia lapan dekad

 PENGKOSIAN CERITA SESEORANG YANG MENGAMALKAN " HOMEOPATHY" 





Walaupun sudah melewati umur 80 tahun, Penasihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang masih sihat dan kekal bertenaga.

Antara rahsia tokoh ulama ini mengekalkan kesihatan adalah mengamalkan perubatan homeopati dan mengawal pemakanan.

"Dari segi rawatan perubatan sejak dari umur 30-an saya mengamalkan rawatan homeopati. Sejak zaman Dr Burhanuddin al-Helmi dialah yang menggalakkan saya mengamalkan homeopati dan dialah bapa perubatan homeopati negara.

"Dr Burhanuddin mula buka sekolah perubatan homeopati di Melaka. Dari Melaka homeopati berkembang ke seluruh Malaysia. Kebetulan waktu beliau dalam uzur pada tahun 1960-an selepas balik dari Australia, saya ziarahi dia.

"Dia kata ketua doktor di Hospital Besar Perak kata tubuh dia sudah tak boleh dirawat. Dia buka semula buku-buku, kebetulan saya baru keluar dari hospital dan saya ceritakan masalah dan doktor tak boleh kesan apa puncanya.

"Dia bagi nasihat, keupayaan kaji darah di Malaysia ketinggalan 40 tahun dari dunia Barat. Selepas pergi mendapatkan rawatan di Australia baru doktor dapat kesan dalam darah Dr Burhanuddin ada racun.
"Kemudian dia tunjuk gambar Royal Homeopathy Clinic di London. Dia bagi saya ubat. Sejak itu saya terus buat rawatan homeopati," ujar Ustaz Ahmad.

Beliau turut mengamalkan pesanan Rasulullah s.a.w. iaitu makan jangan sampai kenyang.
"Jadi saya makan beransur-ansur daripada dulu sepinggan kadang-kadang bertambah, lepas itu kurangkan. Akhirnya makan separuh daripada yang biasa makan dan akhirnya makan sekali sahaja nasi sehari," ujarnya.
Beliau turut mengurangkan pengambilan nasi dan mengelak makanan berminyak dan mengandungi kolesterol.
"Kesihatan kena jaga, setiap enam bulan sekali kena buat pemeriksaan penuh. Sekurang-kurangnya buat senaman, berjalan kaki. Seminggu sekali sekurang-kurangnya," pesan beliau.

Sabtu, 11 Jun 2016

SEBAB UTAMA MEMILIH HOMEOPATHY UNTUK IBU DAN BAYI

3 sebab utama untuk memilih homeopathy untuk ibu dan bayi

1) Ianya adalah selamat dan bebas kesan toksik. (non poison)

2) Penawarnya bertindak dengan merangsang tindak balas semulajadi badan untuk merawat diri sendiri

3) Kaedah homeopathy melihat pesakit secara keseluruhan dan kaedah konsultasinya menyenangkan dan seronok

PENGASAS HOMEOPATHY !!

PENGASAS HOMEOPATHY

Pengasas perubatan Homeopathy, Samuel Hahnemann, telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10 April 1755. Beliau mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779. Ketika berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah bandar, Hahnemann tidak lupa memahirkan diri dengan mempelajari pelbagai jenis bahasa, baru dan lama, dan juga ilmu kedoktoran silam. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogi dan botani, malah beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian Hahnemann ke atas sistem rawatan pada masa itu dan yang terdahulu, beliau begitu tertarik kepada tindakbalas ubat-ubatan di dalam menyembuh penyakit. Kajiannya tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria kerana penyakit berkenaan merebak luas ketika itu dan antara yang paling merbahaya.

Walaupun ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Cinchona, tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sihat – iaitu dirinya sendiri. Hasilnya, selepas mengambil jus kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukan, panas dan berpeluh serta gejala sampingan lain.
Dengan lain perkataan, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar (ubat) untuk menyembuhkan malaria juga memberikan kesan (gejala) yang sama jika diberikan secara berterusan kepada manusia yang sihat.

Penemuan prinsip rawatan ini yang dipanggil “Similia Similibus Curentur” di dalam bahasa Latin atau “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa” menandakan permulaan satu falsafah perubatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perubatan.

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perubatan Homeopathy di dalam bukunya yang terkenal bertajuk “Organon”, dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku panduan perubatan Homeopathy pertama “Materia Medica Pura”.
Kemajuan Homeopathy berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan, dan telah berkembang ke serata dunia dan terus dipopularkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.

Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman

Rabu, 8 Jun 2016

KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI

KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI


         Konsep ini bermaksud penawar homeopati yang diberikan kepada pesakit ialah benda yang sama yang mampu menghasilkan gejala penyakit tersebut. Teori persamaan ini diasaskan oleh Hippocrates , seorang pengamal perubatan Greek yang juga digelar sebagai Bapa Perubatan. Melalui ilmu perubatan Hippocrates, Hahnemann(seorang doktor Jerman )akhirnya mengambil konsep ini sebagai intipati perubatan homeopati dengan mentakrifkan persamaan sebagai ‘Let likes be cured by likes’ yang bermaksud ‘ Yang sama menyembuhkan yang sama’. Sebagai contoh ,kuinin berkesan mengubati malaria, tetapi jika diberikan kuinin kepada orang yang sihat, ia boleh menyebabkan individu itu mendapat simptom malaria.

         Dalam kajian yang dilakukan oleh Hahnemann, beliau menemui konsep pemberian ubat dalam dos yang paling minimum dan hanya sejenis ubat diberikan dalam tempoh satu masa supaya sistem dalam badan pesakit tidak terlalu kompleks dalam tempoh itu. Beliau percaya, ubat sepatutnya digunakan secara halus dan lembut bagi merangsangkan pemulihan secara semulajadi tanpa membangkitkan kesan sampingan yang berbahaya dan seterusnya menyebabkan kecederaan lain yang lebih parah. Dalam perubatan home opati , diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipe rcayai apabila seseorang itu sakit, ia disebabkan kuasa hayat atau fitrahnya yang terganggu. Akibat gangguan itu, maka lahirlah pelbagai simptom s ama ada mental, emosi atau fizikal. Ini berbeza dalam rawatan alopati di mana rawatan diberikan berasakan pengenalan penyakit. Oleh itu seorang doktor alopati lebih teliti dalam aspek pemeriksaan seperti ujian makmal atau x-ray bagi tujuan memastikan masalah sakit dan puncanya seperti yang diadukan pesakit. Justeru itu, dalam homeopati penawar yang diberi berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan. Ia bukanlah suatu keanehan jika dua pesakit yang mempunyai sakit yang sama tetapi diberi dua penawar yang berbeza. Inilah yang membezakan antara rawatan homeopati dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Dengan kata lain, homeopati lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya. Rawatan homeopati pada hari ini adalah sama dengan yang diamalkan pada zaman Hahnemann. Pesakit akan ditemu bual oleh pengamal homeopati dan dibiarkan bercakap. Doktor akan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh , kelakuan dan emosinya dan penawar akan dipilih mengikut keseluruhan simptom .Tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu – satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan penawar.

Fungsi Ubat Homeopati

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?

        Ubat homeopati bertindak keatas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan 
menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga keperingkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & pengkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing disamping membuang toksin(detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindakbalas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan.Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayuran dan buah-buahan disamping minum air kosong dengan banyak untuk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber,karakter dan sifat penyembuhannya, namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalammemilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.