KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI
Konsep ini bermaksud penawar homeopati yang diberikan kepada pesakit
ialah benda yang sama yang mampu menghasilkan gejala penyakit tersebut.
Teori persamaan ini diasaskan oleh Hippocrates , seorang pengamal
perubatan Greek yang juga digelar sebagai Bapa Perubatan. Melalui ilmu
perubatan Hippocrates, Hahnemann(seorang doktor Jerman )akhirnya
mengambil konsep ini sebagai intipati perubatan homeopati dengan
mentakrifkan persamaan sebagai ‘Let likes be cured by likes’ yang
bermaksud ‘ Yang sama menyembuhkan yang sama’. Sebagai contoh ,kuinin
berkesan mengubati malaria, tetapi jika diberikan kuinin kepada orang
yang sihat, ia boleh menyebabkan individu itu mendapat simptom malaria.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Hahnemann, beliau menemui konsep
pemberian ubat dalam dos yang paling minimum dan hanya sejenis ubat
diberikan dalam tempoh satu masa supaya sistem dalam badan pesakit tidak
terlalu kompleks dalam tempoh itu. Beliau percaya, ubat sepatutnya
digunakan secara halus dan lembut bagi merangsangkan pemulihan secara
semulajadi tanpa membangkitkan kesan sampingan yang berbahaya dan
seterusnya menyebabkan kecederaan lain yang lebih parah. Dalam perubatan
home opati , diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting
tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipe rcayai apabila
seseorang itu sakit, ia disebabkan kuasa hayat atau fitrahnya yang
terganggu. Akibat gangguan itu, maka lahirlah pelbagai simptom s ama ada
mental, emosi atau fizikal. Ini berbeza dalam rawatan alopati di mana
rawatan diberikan berasakan pengenalan penyakit. Oleh itu seorang doktor
alopati lebih teliti dalam aspek pemeriksaan seperti ujian makmal atau
x-ray bagi tujuan memastikan masalah sakit dan puncanya seperti yang
diadukan pesakit. Justeru itu, dalam homeopati penawar yang diberi
berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan. Ia bukanlah suatu
keanehan jika dua pesakit yang mempunyai sakit yang sama tetapi diberi
dua penawar yang berbeza. Inilah yang membezakan antara rawatan
homeopati dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman
penyakit berkenaan. Dengan kata lain, homeopati lebih kepada rawatan
holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding
penyakitnya. Rawatan homeopati pada hari ini adalah sama dengan yang
diamalkan pada zaman Hahnemann. Pesakit akan ditemu bual oleh pengamal
homeopati dan dibiarkan bercakap. Doktor akan menilai pesakit itu dari
segi bentuk tubuh , kelakuan dan emosinya dan penawar akan dipilih
mengikut keseluruhan simptom .Tidak semestinya semua simptom yang
disenaraikan bagi satu – satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi
persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan
penawar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan