Ahad, 22 Januari 2017

MANFAAT HOMOPATI

1.Rawatannya adalah selamat
-Homopati adalah selamat dan tidak mempunyai  sebarang kesan sampingan
-Hal ini telah dibuktikan oleh  pertubuhan Eur Opean Council Of  Classical  Homeopatas(ECCH).Mereka  telah melaksanakan kajian secara menyeluruh mengenai homopati. Antaranya mengenai ubat-ubatan homopati,persediaan,rawatan  dan keberkesanannya.
-Rekod Perubatan Homopati yang sudah melebihi 200 tahun sejak penubuhannya  menunjukkan tiada lagi kematian yang dilaporkan disebabkan kesan ubat homeopati.

2.Rawatan yang menjimatkan
-Homopati dianggap keajaiban dunia kerana kosnya yang rendah
-Ia merupakan rawatan alternatif  yang paling menjimatkan berbanding rawatan yang lain.
-Hal ini menyebabkan rawatan  homopati dapat diterima umum terutama golongan yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos perubatan yang mahal.Ubat-ubatan homopati adalah lebih menjimatkan .walaupun ubat-ubatan homopati yang disediakan adalah dari sumber-sumber yang berbeza tetapi kaedah penyediaan adalah sama.

3.Rawatan yang berkesan dan cepat bertindakbalas
-Tanggapan umum mengenai rawatan homopati adalah tindakbalas adalah secara perlahan. Ia adalah tidak benar kerana kita perlu faham dan tahu mengenai beberapa perkara asas tentang tubuh manusia,imuniti badan atau sistem pertahanan badan  dan jenis penyakit mempengaruhi cara tindakbalas ubat-ubatan homopati.
-Homopati menguatkan imuniti dan ia secara tidak langsung dapat membantu mengubati penyakit. Ubat-ubatan homopati  membantu secara semulajadi untuk imuniti badan bertindak.Ia membantu dalam pengukuhan kuasa penyembuhan secara semulajadi. Jika terdapat sesetengah bakteria atau virus di dalam badan,ubat-ubtan homopati membantu dalam mengaktifkan dan menguatkan imuniti pelbagai mekanisme yang mengandungi jangkitan mereka sendiri.