1.Rawatannya adalah selamat
-Homopati adalah selamat dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
-Hal ini telah dibuktikan oleh pertubuhan Eur Opean Council Of Classical
Homeopatas(ECCH).Mereka telah
melaksanakan kajian secara menyeluruh mengenai homopati. Antaranya mengenai
ubat-ubatan homopati,persediaan,rawatan dan keberkesanannya.
-Rekod Perubatan Homopati yang sudah melebihi 200
tahun sejak penubuhannya menunjukkan
tiada lagi kematian yang dilaporkan disebabkan kesan ubat homeopati.
2.Rawatan yang menjimatkan
-Homopati dianggap keajaiban dunia kerana kosnya
yang rendah
-Ia merupakan rawatan alternatif yang paling menjimatkan berbanding rawatan
yang lain.
-Hal ini menyebabkan rawatan homopati dapat diterima umum terutama
golongan yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos perubatan yang mahal.Ubat-ubatan
homopati adalah lebih menjimatkan .walaupun ubat-ubatan homopati yang
disediakan adalah dari sumber-sumber yang berbeza tetapi kaedah penyediaan
adalah sama.
3.Rawatan yang berkesan dan cepat bertindakbalas
-Tanggapan umum mengenai rawatan homopati adalah
tindakbalas adalah secara perlahan. Ia adalah tidak benar kerana kita perlu
faham dan tahu mengenai beberapa perkara asas tentang tubuh manusia,imuniti
badan atau sistem pertahanan badan dan
jenis penyakit mempengaruhi cara tindakbalas ubat-ubatan homopati.
-Homopati menguatkan imuniti dan ia secara tidak
langsung dapat membantu mengubati penyakit. Ubat-ubatan homopati membantu secara semulajadi untuk imuniti
badan bertindak.Ia membantu dalam pengukuhan kuasa penyembuhan secara
semulajadi. Jika terdapat sesetengah bakteria atau virus di dalam
badan,ubat-ubtan homopati membantu dalam mengaktifkan dan menguatkan imuniti
pelbagai mekanisme yang mengandungi jangkitan mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan